Tuesday 1 December 2015

MALACCA SULTANATE COIN - SULTAN AHMAD IBNU MAHMUD SHAH 1510

Sultan Ahmad Shah of Malacca (died 1513) was a sultan of what is now Malaya. The son of Sultan Mahmud Shah, Ahmad Shah's rule began in 1511 when his father stepped aside. It ended in 1513 when he died during the kingdom's war with Portugal: His father stabbed him after failing the attack to conquer Malacca. He was succeeded in rule by his father. Sultan Ahmad Shah was also involved in the Putri Gunung Ledang Myth where the putri requested a bowl of Raja Ahmad's blood in order to marry her Dalam sejarah dicatatkan bahawa negeri Melaka merupakan negeri pertama yang mengeluarkan wang syilingnya iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah yang merupakan Sultan Melaka yang kelima.[3] Namun demikian, menurut Anker, sebenarnya bukan Melaka yang mula-mula mengeluarkan wang syiling kerana negeri Kelantan iaitu pada tahun 1187 atau pada tahun Hijrah 577 dan Petani yang mana wang dinar sudah ada ditemui. Penemuan ini menunjukkan bahawa wang syiling sudah dikeluarkan oleh negeri-negeri di kawasan Utara. [4]Kajian numistatik dilakukan ke atas mata wang Kesultanan Melaka dengan membanding bezakannya dari pelbagai sudut sama ada dari segi bentuk, unsur dan sebagainya. Kajian terhadap perkembangan mata wang Kesultanan Melayu Melaka telah dilakukan oleh Hanitach sekitar 1903. Beliau mengkaji perkembangan mata wang Kesultanan Melayu Melaka dengan hanya melibatkan empat orang sultan sahaja. Antara sultan tersebut iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445-1459), Sultan Mansur Shah (1459-1477), Sultan Ahmad Shah (1510), dan Sultan Mahmud Shah (1488-1511).[5] Kajian yang dilakukan terhadap syiling Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan bentuk yang seragam iaitu bulat dan mempunyai tulisan pada bahagian hadapan dan belakangnya. Mata wang yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka dikatakan mempunyai pengaruh agama Islam. Hal ini kerana, gaya tulisan yang digunakan adalah bercirikan jawi sementara bahasanya pula bercampur aduk antara Melayu dan Arab.[6] Maka, pengaruh Islam sememangnya tidak dapat dinafikan wujud dalam perkembangan sistem mata wang era Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman Kesultanan Melaka, para saudagar menggunakan emas urai, perak, dan timah jongkong sebagai duit. Manakala di pasar-pasar, rakyat jelata pula menggunakan siput gerus, beras, dan biji saga sebagai alat jual beli barang keperluan.[7] Duit Kesultanan Melayu Melaka yang pertama yang sah diketahui sehingga kini ialah mata wang yang dikeluarkan oleh Sultan Muzaffar Shah (1445-1459) iaitu sultan Melaka yang kelima. Duit syiling pertama yang mula-mula dibentuk menggunakan logam tanah iaitu wang bermaterialkan timah yang dikenali sebagai pitis atau caxas atau cashas [8] yang mempunyai dua nilaian iaitu satu pitis dan setengah pitis.[9] Syiling nilaian satu pitis adalah lebih besar sekitar 19.5-21.5 mm berbanding syiling nilaian setengah pitis sekitar 15 mm. Syiling baginda menggunakan gaya yang sama iaitu pada bahagian hadapan kedua-dua syiling ini menggunakan nama baginda Muzaffar Shah-al-Sultan yang bermaksud Sultan Muzafar Shah yang disusun dalam dua baris. Manakala, pada bahagian belakang pula tercatat Nasir al- Dunia wa’l Din yang bermaksud penyelamat dunia dan agama Islam yang disusun dalam tiga baris.[10]Gaya tulisan syiling baginda adalah jenis tulisan timbul dan cara pemotongan melebihi garisan bulatan syiling.[11] Selain itu, pada masa yang sama juga baginda telah mengeluarkan syiling dalam nilain ¼ pitis dan 1/8 pitis. Nilaian kedua-dua syiling ini adalah berdasarkan saiz dan berat iaitu nilaian ¼ pitis berukuran sekitar 13 mm dengan berat 1.3 gm manakala nialaian bagi 1/8 pitis pula mempunyai ukuran diameter sekitar 7 mm dengan berat 0.4 gm.[12] Bagi gaya tulisan, gelaran dan betuk syiling ini adalah sama dengan nilaian satu pitis dan dan setengah pitis. Kepelbagaian penggunaan gelaran pada syiling dapat dilihat dibawah Sultan Mansur Shah (1459-1477) kerana baginda mula menggunakan kepelbagaian dalam penggunaan nama. Berdasarkan kajian numismatik, kepelbagaian penggunaan gelaran yang digunakan oleh baginda dapat dibahagikan kepada dua dan ia bergantung kepada nilaian syiling berkenaan. Misalnya, untuk nilaian syiling satu pitis menggunakan nama Mansur Shah bin Muzaffar Shah al-Sultan iaitu Mansur Shah yang berbapakan Muzaffar Shah pada bahagian hadapan syiling yang dicetak empat baris manakala bahagian belakang mengekalkan gelaran yang dipakai oleh bapanya Nasir al-Dunia Wa’l Din yang diletak tiga baris.[13] Bagi nilaian syiling setengah pitis pula pada bahagian hadapan menggunakan gelaran Mansur Shah Ibnu Muzaffar Shah al-Adil iaitu membawa maksud Mansur Shah berbapakan Muzaffar Shah yang adil dan bahagian belakang masih mengekalkan gelaran yang sama. Gaya tulisan nilaian setengah pitis masing-masing pada bahagian hadapan dan belakang syiling dicetak dalam tiga baris sahaja yang beukuran diameter 12-7 mm.[14] selain itu, nilaian syiling baginda juga mempunyai nialain ¼ pitis yang mempunyai bentuk dan saiz yang kecil dengan ukuran diameter sekitar 8-12 mm[15]. Seterusnya syiling yang dikeluarkan oleh Sultan Mahmud shah (1488-1511) yang dapat dibahagikan kepada dua nilaian iaitu satu pitis dan setengah pitis. Nilaian syiling satu pitis bersaiz besar sekitar 21-22 mm manakala setengah pitis bersaiz 13 mm. Syiling baginda agak ringkas dalam penggunaan perkataan, terdapat penggunaan titik dot mengelilingi permukaan syiling, gaya tulisan yang agak kasar dan permukaan syiling yang terhakis.[16] Perkataan yang digunakan pada permukaan syiling satu pitis hampir memenuhi permukaan syiling manakala nilaian setengah pitis memenuhi keseluruhan permukaan. [17]Nama yang digunakan agak ringkas yang keseluruhannya hanya menggunakan dua baris sahaja misalnya, seperti al-Sultan Mahmud pada nilaian satu pitis dengan gelaran al-Adil (pemerintah yang adil). Manakala syiling nilaian setengah pitis menggunakan nama Mahmud Shah dengan gelaran al-Sultan al-Adil (sultan yang adil). [18] Sejarah kajian numismatik ke atas mata wang Sultan Ahmad Shah (1510) sangat menarik kerana mempunyai lebih kepelbagaian dengan syiling yang pernah dikeluarkan oleh sultan yang yang sebelumnya walaupun baginda memerintah dalam jangka masa yang pendek. Kepelbagaian tersebut termasuk penggunaan nama, gelaran, dan susunan perkataan antara bahagian hadapan dan belakang syiling.[19] Baginda masih mengekalkan nilaian utama iaitu satu dan setengah pitis. Antara tiga nama yang digunakan oleh baginda pada permukaan syiling ialah Ahmad Ibnu Mahmud Shah (Ahmad berbapakan Sultan Mahmud Shah), Ahmad (Ibnu) Abu Mahmud Shah dan gelaran sahaja iaitu al-Sultan al-Adil.[20] Syiling ini berukuran sekitara 11 mm dengan berat 0.6 gm. Kajian numismatik mendapati syiling keluaran baginda terdapat beberapa pembaharuan dibandingkan dengan syiling sebelum baginda. Pembahruan yang dapat dilihat iaitu, nama ditulis bersambung antara bahagian hadapan dan belakang seperti Sultan Ahmad dibahagian hadapan dan disambung pula dengan perkataan Ibnu Mahmud Shah di bahagian belakang.[21] Selain itu pada syiling nilaian setengah pitis terdapat penggunaan gelaran yang berbeza antara bahagian hadapan iaitu al-Sultan al-Adil dan belakang seperti Malik al-Adil pada syiling yang sama.[22] Kesemua nama dan gelaran ditulis dalam dua baris sahaja sama seperti duit syiling yang dikeluarkan oleh ayahanda baginda.

No comments:

Post a Comment