Friday 13 November 2015

SEJARAH MATA WANG TAMPANG ERA ZAMAN KESULTANAN MELAYU





KAJIAN NUMISMATIK KESULTANAN MELAYU BUKAN BERBENTUK SYILING NUMISMATIK BERKONSEP TAMPANG Pada awal kurun ke-16 Masihi, pedagang telah mencatatkan bahawa biji timah yang hendak diperdagangkan dijadikan bongkah yang mempunyai berat piawai. Ia digunakan sebagai medium pertukaran untuk kesemua jenis perdagangan utama di pasar. Nilai bagi steiap bongkah diselaraskan mengikut timbangan berat, manakala saiznya pula mengikut piawai berat yang ditetapkan dalam peradgangan. Dalam catatan tulisan Cina yang ditulis oleh Ma Huan pada tahun 1413 Masihi, beliau mencatatkan bahawa biji timah dijumpai di kawasan pergunungan negeri Melaka dan sultan telah memerintahkan pegawai baginda mengawal lombong berkenaan. Orang kampung dihantar untuk mendulang dan kemudian timah tersebut dileburkan dengan dimasukkan ke dalam acuan untuk dijadikan ketulan kecil seberat 1 kati 8 tahil atau 1 kati 4 tahil. Kebanyakan transaksi perdagangan di pelabuhan Melaka menggunakan jongkong timah yang bukan berbentuk duit. Bongkah ini tersebar luas di seluruh negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. Mata wang tampang ini diguna pakai secara meluas sekitar abad ke-19 M. Ia digunakan agak lama dan juga diterima di negeri-negeri Melayu yang berjiran termasuklah Sumatera untuk membuat pembayaran. Berdasarkan bongkah timah yang ditemui, ia didapati menggunakan acuan mudah yang dipercayai diperbuat daripada campuran pasir dan tanah liat. Ahli numismatik berpendapat bahawa bentuk bongkah timah ini boleh dikelaskan mengikut evolusi. Ia dapat dibahagikan kepada enam jenis bentuk yang pertama iaitu kon berbentuk bulat atau bukit, kon yang dihiasi dengan bahagian-bahagian bergerigi, berbentuk kerucut (coronial/cylinder), bentuk gunung atau candi, bentuk roti manis (sugar-loaf), bentuk piramid atau pagoda dan yang terakhir bentuk piramid dengan corak tampuk manggis. Dapat disimpulkan bahawa, evolusi yang berlaku menunjukkan mata wang berkondeskan tampang ini dilihat mengalami perubahan daripada bentuk yang agak ringkas dan kasar kepada bentuk yang lagi kemas dan halus. Mata wang ini dianalisis mengikut kategori berdasarkan empat bahagian, iaitu puncak, badan, kaki, dan dasar. Bahagian penting adalah puncak, sama ada bulat atau datar untuk dikategorikan sebagai bentuk gunungan atau piramid.


MUKA






Dalam nilaian pertukaran, nilaian mata wang tampang bergantung kepada kandungan dan kuantiti timah pada tampang tersebut. Misalnya, di Perak, berat mata wang tampang sekitar 10 kati bersamaan dengan satu dolar perak Sepanyol (bersamaan dengan 8 reales). Perkembangan duit tampang ini agak terbatas kepada negeri-negeri tertentu sahaja yang mempunyai hasil timah, sebagai contoh di Pahang, Selangor, Perak, dan negeri Sembilan. Sesuai dengan peredaran masa, tampang kemudiannya ada yang dilengkapi dengan tarikh dan tempat pengeluarannya, Di Pahang misalnya, tampang telah wujud dari jenis mata wang yang berupa jongkong timah. Tampang terawaal dinilai bersamaan dengan 6 ¼ sen dolar Sepanyol. Satu jenis tampang yang dibaharui, dikeluarkan dalam tahun 1846 yang mempunyai niali 4 sen. Tampang-tampang rasmi telah dicetak oleh pihak negeri dan dikeluarkan oleh kongsi-kongsi Cina yang disebarkan untuk kegunaan di kawasan lombong biji timah di sekitar Kuantan. Tampang satu sen telah ditambah dalam tahun 1847. Contonya kajian numismatik mata wang tampang yang dijumpai di Pahang. Mata wang ini dilengkapi dengan perkataan sarafi Pahang sanat 1264 yang bermaksud dicetak di Pahang bertarikh 1264. Mata wang tampang telah dikeluarkan sehingga tahun 1889 dan tetap menjadi mata wang yang sah sehingga dibatalkan penggunaannya oleh Negeri-negeri Selat.




















MUKA

No comments:

Post a Comment