Tuesday 1 December 2015

JOHOR KATUN (CASH) MAKAM TAUHID -SS25

Bandar Kota Tinggi dan berhampiran dengan Sungai Pemandi yang mengalir ke Sungai Kota Tinggi. Nama "Kota Makam Tauhid" pada asalnya bukanlah nama bagi makam tetapi merupakan nama ibu negeri kerajaan Johor suatu masa dahulu. Kota Makam Tauhid merupakan ibu negeri Johor yang ke-8 dan bertempat di tanah besar serta menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor sebanyak dua kali. Sejarah membuktikan Kota Makam Tauhid menjadi ibu negeri Johor buat kali pertama pada tahun 1623 iaitu semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677). Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai tanah perkuburan para pembesar Johor hingga menimbulkan kekeliruan tentang asal usulnya yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Makam Touhid. NUMISMATIK KESUTANAN MELAYU JOHOR Penggunaan mata wang di johor berkait rapat dengan perdagangan di negeri tersebut. Mata wang dengan tulisan arab dan gelaran kehormat menunjukkan pengaruh mata wang Islam seperti yang dibawa masuk dari India dan Timur tengah oleh pedagang Islam . Mata wang syiling Johor boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu syiling yang diperbuat daripada emas, perak dan timah. Syiling emas, nilainya adalah kupang, perak dengan nilaian penjuru dan tima dengan nilaian katun. Hasil kajian terhadap mata wang kesultanan Johor, syiling dikatakan semasa ditemui keadaan mata wang yang ditemui tidak mempunyai tarikh bila ia dikeluarkan di samping keadaan syiling yang ditemui dikatakan berada dalam keadaaan yang dhaif.  Menurut A. Hamilton yang melawat Negeri Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah II (1527/1564) telah mengeluarkan mata wang yang diperbuat dari logam emas yang digunakan dalam urusan perdagangan. Selain itu, menurut Saran Singh, Sultan Alauddin Riayat Shah II juga pernah mengeluarkan syiling kupang dalam bentuk bulat. Syiling emas pertama yang dikeluarkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II mempunyai nilaian mas dan kupang yang menggunakan dua gelaran yang berbeza pada material yang sama.Contoh, Khalifatul Mukminin dan Khalifatul Mukminin Shah dengan nilaian kupang. Nilaian untuk 4 kupang adalah bersamaan dengan 1 mas. Nilaian seemas dinilaikan bersamaan dengan setengah dolar sepanyol, manakala jenis kupang hanya bernilai satu perpuluhan lapan dari sepanyol. Bagi syiling yang diperbuat dari perak dan timah dikeluarkan untuk kegunaan pertukaran tempatan. Pada umumnya, syiling timah tidak mengandungi tulisan nama pemerintah yang mengeluarkannya kecuali syiling timah yang dikeluarkan semasa pemeritahan Sultan Alauddin. Hanya tulisan seperti Malaik Al Adil atau Dar Al Johorah sahaja yang boleh ditemui pada syiling timah. Kesultanan Johor mula mengeluarkan syiling berbentuk persegi lapan dan persegi lapan bertangkai. Syiling berbentuk bulat masih diteruskan seperti syiling Kesultanan Melaka tetapi mengalami penambahan dengan titik dot yang mengelilingi syiling berkenaan. Nilaian syiling material timah Johor dikenali dengan nama katun manakala Melaka iaitu pitis. Duit timah ditempah dalam pelbagai bentuk seperti bulat, heksagon (segi enam) dan oktagon (segi lapan). Tidak seperti duit emas, duit timah selalunya tidak bertulis nama sultan yang memerintah. Selalunya ia bertulis gelaran. Gelaran yang dicetak pada permukaan syiling lebih menjurus kepada sistem pemerintahan dan perdagangan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan penggunaan nama Khalifatul Mukminin (syiling emas) dan gelaran Malik Al-Adi (Raja yang Adil), Al Adil atau Sultan Al Adil, Haza Al Masruf, dan Dal Al Johorah (syiling timah). Syiling dengan nilaian mas memiliki lebih besar ukur lilitnya berbanding dengan syiling nilaian kupang. Dari segi ukuran diameter syiling, nilaian mas adalah sekitar 16-17 mm sementara syiling nilaian kupang sekitar 11-12 mm. begitu juga beratnya, nilaian mas lebih berat berbanding dengan syiling nilaian kupang. Secara umumnya syiling nilaian mas mempunyai berat sekitar 2.46 g – 2.6 g berbanding dengan syiling kupang yang mempunyai berat sekitar 0.59 g – 0.64 g. Justeru syiling mas lebih tinggi nilaiannya berbanding nilain kupang.

2 comments:

  1. Did you know

    This type of coin

    Generation ? Old age?

    Malaysia or Indonesia

    - Found that Thailand, Nakhon Si Thammarat.

    - Thank You

    http://picture.in.th/id/30c85a388e34360866bb15295c5a3d7f

    ReplyDelete