Saturday, 24 September 2016

SEJARAH KUALA SELANGOR

SEJARAH KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR merupakan Pusat perdagangan yang hebat pada awal tahun 1700 sehingga penghujung tahun 1800 ,daripada hasil penemuan baha-bahan sejarah yang diperolihi/dijumpai di Kuala Selangor ,Jeram seperti PITIS TIMAH NEGERI SELANGOR SRI Sultan Ibrahim Shah , Mata wang timah negeri Perak ,Coin EVIC Penang,Straits Settlement ,animal currency ,Srivijaya ,Senjata lama orang MELAYU dan juga item sejarah yang lain membuktikan Kuala Selangor pusat perdagangan yang hebat pada satu ketika dahulu.Dengan penemuan atifak lama yang bersejarah ini di Kuala Selangor dan Jeram maka perlu ada kajian yang lebih mendalam dibuat bagi mencari/mengkaji bahan yang bersejarah ini olih pihak yang berwajib. Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut yang hidup dengan menangkap ikan. Mereka tinggal disepanjang tebing sungai Selangor kira-kira 3 batu dari kuala sungai hingga ke hulunya. Ketua mereka terdiri dari seorang wanita keturunan Bugis yang mempunyai sifat kasih dan penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya. Sifat-sifat inilah yang menarik perhatian penduduk di situ tidak akan berketuakan lain dari keturunan Bugis. Walaupun ada orang lain yang ingin menjadi ketua di Kuala Selangor. Tetapi dalam buku R.J. Wilkinson ada mengatakan orang Bugis yang bertempat di Selangor (Kuala Selangor) bernama Daeng Lakani dalam K.M 17 bererti di Kuala Selangor ada didiami oleh kaum lain sebelum itu, dengan itu nyatalah orang Bugis telah bertapak di Kuala Selangor sejak K.M. 17 lagi. Penduduk di Kuala Selangor ketika itu dikatakan sebagai petani dan nelayan, ada juga menjalankan kegiatan melanun dan menyamun di sepanjang pantai Selangor. Hasil dari samunan ini mereka simpan di sebuah teluk yang sehingga kini dikenali dengan nama Teluk Penyamun, kira-kira sebatu dari Kuala Sungai. Sejarah Melayu, naskhah Raffles No 18, ada menyebut bahawa semasa Sultan Mahmud Shah Melaka di Bentan kira-kira T.M 1513, Tun Mahmud (Seri Agar Diraja) dirajakan di Selangor. Jeram, di antara tempat-tempat yang tertua di Selangor, terletak di daerah ini telah juga tersebut dalam Sejarah Melayu. Dikatakan bahawa Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 telah merajakan peteranya Paduka Seri Cina di Jeram. Satu lagi tempat tertua di Selangor ialah Permatang, bertentangan dengan Kuala Selangor dan diceraikan oleh Sungai Selangor. Permatang adalah terletak di bawah pengaruh kerajaan Melaka dan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511, kekuasaan terhadapnya diwarisi oleh kerajaan Johor. Pada Kurun Masehi 17 semasa orang Bugis secara beramai-ramai keluar dari negerinya mencari tempat dan penghidupan baru, Selangor adalah merupakan tempat yang menjadi tumpuan mereka. Di Selangorlah juga dijadikan sebagai pusat gerakan untuk ke negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah. Dari keterangan di atas nyatalah Selangor telah dikenali sebelum Kurun Masehi 17, ini bermakna Selangor telah didiami oleh orang dan ada penduduk sebelum tarikh tersebut.

2 comments:

  1. Salam..sy ad 3 1 sen timah...nak tanya tuan...duit tu laku ka....?

    ReplyDelete
  2. eToro is the ultimate forex broker for newbie and advanced traders.

    ReplyDelete