Thursday 28 May 2015

SEJARAH KERAJAAN PATANI


 PEMENCILAN ATYUTTHYA TERHADAP PATAN I :
 Bagi tujuan meneruskan usaha dan niat untuk menghancurkan Kerajaan Patani, Kerajaan Siam
Ayutthaya melancarkan beberapa strategi baru bagi melemahkan Kerajaan Patani untuk tujuanpenaklukannya kemudian. Antara lain ialah : 1) menyerang dan menakluki wilayah-wilayah Utara Negara Patani, yang dianggap lemah, dimana kekuatan ketenteraan pusat tidak begitu utuh dan menyeluruh. Dengan itu bermulalah penaklukan satu demi satu wilayah seperti Chomphon, Raknong, Suratthani dan lain-lain sehingga ke Legor ( Nakhorn Sri Thammarat) menjadi mangsa kepada pencerobohan tersebut. 2) memencilkan Negara Patani dengan mengganggu gugat Negara-negara jiran untuk tidak membuat perhubungan Negara Patani dengan ancaman perang terhadap mereka. Strategi itu begitu berkesan dan berjaya sehingga pelabuhan dan pusat perdagangan NegaraPatani telah kehilangan daya saing dengan pelabuhan Negara lain seperti Melaka,(Malaysia) yang jatuh ketangan Penjajah Portugis (Portugal), dalam tahun 1511 dan Batavi (Indonesia) jatuh kepada Belanda (Dutch). Keagungan Negara Patani dan pelabuhan serta kekuatannya telah kian menurun dan kekuatan pertahanan menjadi goyah dan tercabar serta dicabar.
 K E J A T U H A N K E R A J A A N PA TA N I & T I N D A K A N BALAS DENDAM SIAM : Berdasarkan fakta sejarah , Kerajaan Melayu dikalahkan oleh Kerajaan Siam Ayutthaya padatahun 1786 iaitu kira-kira 183 tahun setelah usahanya gagal dalam bebarapa kali percubaanserangan ke atas Negara Patani sejak tahun 1603. Angkatan Tentera Siam dibawah pimpinan Praya Klahom telah berjaya mendarat kantenteranya, lalu berlakulah peperangan yang amat sengit didarat dan laut dengan diketuai sendirioleh Sultan Mohamad yang menduduki takhta selepas kemangkatan Sultan Emas Chayam dalam tahun 1786. Dalam peperangan ini (1786) baginda Sultan telah mangkat syahid. Serentak dengan kekalahan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Patani ini, maka bermulalah tindakan balas dendam yang bersifat pencabulan, kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Melayu Patani.
 P E R M U L A A N K UA S A T H A I L A N D KE A TA S N E G A R A PA TA N I :
 Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1787 Kerajaan Siam Ayutthaya telah meletakkanNegara Patani di bawah kuasa pentadbiran Raja Nakhorn Sri Thammarat ( Legor) dan telahmelantik Tengku Lamidin seorang kerabat di Raja Patani sebagai raja boneka denganmengangkat sumpah untuk taat setia dan patuh kepada pemerintahan Kerajaan Ayutthaya sertamenghantar “ Bunga Ufti” sekali dalam masa 3 tahun sebagai tanda bersetuju bernaung dibawahnya. Sebagai tanda menunjukkan kuasanya, Kerajaan Thailand telah membuat beberapapenyusunan semula wilayah-wilayah , maka daerah-daerah dalam wilayah Patani telahdirombak . Daerah Tiba (Thepa), Chenak (Channak), Sanggora (Songkhla), Bedelung (Pathalung)dikeluarkan dari wilayah Patani lalu diletakkan atau dimasukkan kedalam Wilayah NakhornSri Thammarat (Legor).
P E M B E R O N TA K A N 1789 ; 1808; & IMPLIKASINYA
Pada tahun 1789 , Tengku Lamidin mengetuai gerakan pemberontakan bersama rakyat menentang kuasa-kuasa pentadbiran KerajaanAyutthaya yang dipeturunkan kepada Raja Nahkorn Sri Thammarat. Pada peringkat awalnya, pemberontakan ini amat berjaya sehingga dapatmenguasai semula seluruh daerah Patani yang diserahkan kepada Raja Legor/ Nakhorn dan menguasai semula seluruh system pentadbiran daninstitusi Negara Patani. Setelah tiga tahun memerintah dan mempertahan kedaulatannya, Kerajaan Patani di bawah Sultan Lamidin telahdikalahkan pada tahun 1791 dan Negara Patani sekali lagi jatuh ke tangan Kerajaan Siam Ayutthaya. Manakala Sultan Lamidin turut terbunuhdalam peperangan. Sebagai implikasi dari kekalahan Negara Patani kali ke 2 ini, Kerajaan Siam telah mengaplikasikan system Pesuruhjaya (CommissionerSystem ) disamping seorang Raja/Sultan yang dilantik . Raja Datuk Pengkalan telah dilantik sebagai Sultan dalam era kedua kejatuhan NegaraPatani.. Dalam tahun yang sama , Daerah Songkhla telah naik taraf menjadi wilayah baru di luar Wilayah Patani dan WilayahNakhorn Sri Thammarat serta berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran baru kepada Kerajaan Siam. Dalam tahun 1808, satu lagi pemberontakan menentang Kerajaan Ayutthya dan mengejutkan Pentadbiran Siam di Songkhla apabilaSultan Datuk Pengkalan yang dilantik bangun bersama rakyatnya membebaskan semula Negara Patani dari penjajah Siam (Thai) dan dalamtahun 1810 mereka kecundang untuk kesekian kalinya. Akibat dari kekalahan ini, Sultan sendiri terbunuh manakala pembesar lain telahditangkap dan tawan, sesetengahnya berpindah membawa diri ke pendalaman atau berhijrah ke Negeri-negeri Melayu jirannya. 14.
 PERLAKSANAAN DASAR PECAH-P ECAH & P E R I N TA H :
 Negara Patani telah dipecahkan kepada 14 wilayah kecil iaitu Pattani; Nongchik; Yala; Raman;Yaring; Teluban dan Legeh, dengan melantik beberapa Raja-Raja memerintah wilayah-wilayah kecil inidengan diberi mentadbir dalam urusan adat istiadat dan hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaansahaja. Raja-Raja ini ditentukan tempuh kedudukan mereka selama mana mereka patuh dan taatkepada Kerajaan Thai. Manakala 7 wilayah kecil yang lain diletak terus di bawah pemerintahan yang berpusat diSongkhla. Seperti Narathiwat, Satun; dan Songkhla sendiri. Tindakan begini dibuat dengan tujuan untuk melupuskan kedaulatan Raja-Raja dan merupakansatu proses awal untuk menjadikan semua wilayah Negara Patani sebagai sebahagian dari kawasandaerah kepunyaan Negara Thai 15.
 P E M B E R O N TA K A N TA H U N 1832 :
Semua Raja-Raja di 7 wilayah yang dahulunya dipecah-pecahkan kembali bersatu menentang penjajah Thai .Gerakan ini berjaya menguasai semula semua daerah dan wilayah dan terus mara sehingga hampir ke pusatpentadbiran Siam di Songkhla. Kekurangan kelengkapan senjata api dan masalah logistik merupakan penyebab utamakegagalan mereka dalam setiap peperangan yang mereka hadapi. Orang-orang Patani telah dikalahkan dengan terukapabila bantuan 4 ketumbukan tentera dari Bangkok tiba di pelabuhan Songkhla dengan peralatan senjata yang lebihbaik seperti senapang dan meriam. Kekalahan kali ini merupakan peperangan terakhir yang dipelopori oleh Raja-rajaMelayu Patani, manakala Kerajaan Siam secara berterusan memperketatkan penguasaannya ke atas Negara Patani. 1. Raja Wilayah Pattani dinamakan Praya Wichit Pakdi, 2. Raja Wilayah Nongchik “ Praya Phichar Phibul 3. Raja Wilayah Teluban “ Praya Ratna Pakdi 4. Raja Wilayah Yala “ Praya Narongrit Pakdi 5. Raja Wilayah Legeh “ Praya Pupa Pakdi 6. Raja Wilayah Yaring “ Praya Pipit Pakdi 7. Raja Wilayah Raman “ 16.
 LANGKAH PENGHAPUSAN RAJA-RAJA MELAYU PA TA N I 1 9 0 2 :
 Sultan Sulaiman Shariffaddin Patani telah mangkat dalam tahun 1899, Tengku Abdul Qadir Qamaruddin telah ditabalkan sebagai Sultan Patani, yang mana baginda merupakan sultan terakhir di Patani. 1902 menjadi tahun perlaksanaan untuk menghapuskan keseluruhan hak yang masih tinggal kepada Raja-RajaMelayu Pihak Thai telah menyatukan semula ketujuh-tujuh negeri kecil Patani dan diletakkan di bawah satu pemerintahanpusat yang dipanggil “Bariwen”. Perlantikan seorang Pesuruhjaya Thai untuk mengepalai pentadbiran baru di situ,tetapi masih diletakkan di bawah pengurusan dan penguasaan Pesuruhjaya Tinggi Siam yang berpejabat di Sanggora(Songkhla). Bangkok telah menghantar seorang pegawai kanannya ke Patani untuk memujuk atau jika perlu memaksa Raja-Raja berkenaan untuk melepaskan semua hak dan kuasa kepada Raja Thai. Sebagai balasan, Raja-Raja itu sertakeluarganya dijanjikan pampasan dan wang persaraan untuk sepanjang hayat, dengan syarat perbendaharaan dankewangan negeri-negeri berkenaan diserahkan kepada Raja Siam. 17. Pada tahun 1899, Raja Patani Sultan Abdul Qadir Qamaruddin menaiki takhta negeri Pattaniselepas kemangkatan ayahandanya Sultan Sulaiman Sharifaddin. Sultan Qamaruddin samasekali tidak dapat menerima semua saranan dan syarat yang dikemukakan oleh pihak RajaSiam. Baginda dapat merasakan segala tipudaya dan helah serta niat jahat penjajah Siam untuk melenyapkan segala saki baki kedaulatan dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu dan bertujuan menipu orang-orang Melayu dan menelan negeri-negeri Melayu pada akhirnya.Sultan Qamaruddin telah membuat bantahan dan menuduh Thailand untuk :
1. cuba menghapus segala bentuk tradisi Melayu dan Islam yang berhubung kait dengan undang-undang Syariah, keadilan, jenayah, muamalat, pembahagian harta pusaka dan lain- lain.
2. cuba memperkenal dan mengamalkan pengajaran agama Buddha kepada umat Melayu Islam Patani
.3. membatalkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat.
4. membiarkan perlakuan jenayah seks orang- orang Siam terhadap perempuan Islam .
5. perlantikan Pesuruhjaya Siam ke Patani bertujuan untuk melaksanakan kutipan cukai secara paksa kepada rakyat.
6. campurtangan Pesuruhjaya Siam dalam urusan pungutan cukai pintu atau kepala yang dibuat untuk tujuan menghantar Bunga Ufti ke Bangkok.
7. Pesuruhjaya Siam telah mengenakan cukai garam secara paksa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan Hj
    saya Azman Azahari
    saya ada memiliki duit patani berbagai jenis kalau Tuan Hj berminat
    hubungi saya 012 9543548

    ReplyDelete