Monday 4 November 2013

PAHANG TIN COIN- SULTAN MUHAMMAD SHAH

Sultan Muhammad Shah II Ibni Almrhum Sultan Mansur Shah I adalah Putera Sulung Sultan Mansur Shah I dari Melaka, Sultan Muhammad Shah II menjadi Sultan Pahang pertama yang telah memerintah mulai 1470 sehingga 1475. Baginda dimakamkan di Pekan Sejarah kesultanan Pengasas Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam. Perebutan kuasa Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang. Serangan Acheh Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh. Di bawah pemerintahan Johor Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana). Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad. Pemerintahan sendiri Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini. Senarai Sultan Pahang Sultan 1470-1475:Sultan Muhammad Shah I[2][3] 1475-1475:Sultan Abdul Jamil Shah 1475-1497:Sultan Ahmad Shah I[2] 1497-1519:Sultan Mansur Shah I 1519-1530:Sultan Mahmud Shah II[4] 1530-1542:Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah 1540-1555:Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah 1555-1560:Sultan Mansur Shah II 1560-1575:Sultan Abdul Jamil Shah II 1575-1590:Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah 1590-1592:Sultan Ahmad Shah II 1592-1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah 1614-1641:Sultan Alauddin Riayat Shah 1615-1623:Raja Bujang[5] 1641-1676:Raja Bajau [6] 1676-1688:Raja Ibrahim[6

No comments:

Post a Comment