Thursday, 20 October 2016

PITIS TIMAH KELANTAN - R16



Muka Hadapan / Obverse : Khalifatul Mukminin
Muka Belakang / Reverse : Dua bulatan garis biasa diantara pertengahan lubang/ Two plain line circles between the edge & central hole
Berat / Weight : 7 gm Dim : 22 - 30mm

Saturday, 24 September 2016

SEJARAH KUALA SELANGOR

SEJARAH KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR merupakan Pusat perdagangan yang hebat pada awal tahun 1700 sehingga penghujung tahun 1800 ,daripada hasil penemuan baha-bahan sejarah yang diperolihi/dijumpai di Kuala Selangor ,Jeram seperti PITIS TIMAH NEGERI SELANGOR SRI Sultan Ibrahim Shah , Mata wang timah negeri Perak ,Coin EVIC Penang,Straits Settlement ,animal currency ,Srivijaya ,Senjata lama orang MELAYU dan juga item sejarah yang lain membuktikan Kuala Selangor pusat perdagangan yang hebat pada satu ketika dahulu.Dengan penemuan atifak lama yang bersejarah ini di Kuala Selangor dan Jeram maka perlu ada kajian yang lebih mendalam dibuat bagi mencari/mengkaji bahan yang bersejarah ini olih pihak yang berwajib. Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut yang hidup dengan menangkap ikan. Mereka tinggal disepanjang tebing sungai Selangor kira-kira 3 batu dari kuala sungai hingga ke hulunya. Ketua mereka terdiri dari seorang wanita keturunan Bugis yang mempunyai sifat kasih dan penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya. Sifat-sifat inilah yang menarik perhatian penduduk di situ tidak akan berketuakan lain dari keturunan Bugis. Walaupun ada orang lain yang ingin menjadi ketua di Kuala Selangor. Tetapi dalam buku R.J. Wilkinson ada mengatakan orang Bugis yang bertempat di Selangor (Kuala Selangor) bernama Daeng Lakani dalam K.M 17 bererti di Kuala Selangor ada didiami oleh kaum lain sebelum itu, dengan itu nyatalah orang Bugis telah bertapak di Kuala Selangor sejak K.M. 17 lagi. Penduduk di Kuala Selangor ketika itu dikatakan sebagai petani dan nelayan, ada juga menjalankan kegiatan melanun dan menyamun di sepanjang pantai Selangor. Hasil dari samunan ini mereka simpan di sebuah teluk yang sehingga kini dikenali dengan nama Teluk Penyamun, kira-kira sebatu dari Kuala Sungai. Sejarah Melayu, naskhah Raffles No 18, ada menyebut bahawa semasa Sultan Mahmud Shah Melaka di Bentan kira-kira T.M 1513, Tun Mahmud (Seri Agar Diraja) dirajakan di Selangor. Jeram, di antara tempat-tempat yang tertua di Selangor, terletak di daerah ini telah juga tersebut dalam Sejarah Melayu. Dikatakan bahawa Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 telah merajakan peteranya Paduka Seri Cina di Jeram. Satu lagi tempat tertua di Selangor ialah Permatang, bertentangan dengan Kuala Selangor dan diceraikan oleh Sungai Selangor. Permatang adalah terletak di bawah pengaruh kerajaan Melaka dan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511, kekuasaan terhadapnya diwarisi oleh kerajaan Johor. Pada Kurun Masehi 17 semasa orang Bugis secara beramai-ramai keluar dari negerinya mencari tempat dan penghidupan baru, Selangor adalah merupakan tempat yang menjadi tumpuan mereka. Di Selangorlah juga dijadikan sebagai pusat gerakan untuk ke negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah. Dari keterangan di atas nyatalah Selangor telah dikenali sebelum Kurun Masehi 17, ini bermakna Selangor telah didiami oleh orang dan ada penduduk sebelum tarikh tersebut.

PENANG BALEMARK 1/4 CENT (1/10 PICE)

Malaysia Penang  Quarter cent or 1/10 Pice 1787 Copper




Observe: The United East India Company's balemark, under it the date 1787 divided by a six pointed star. A toothed border round the edge.

Reverse: Inscription in Arabic "Jezirah ab Wailis" (Island of Wales). The inscription is abbreviated due to lack of space. A toothed  border round the edge.

Edge: Plain

Weight: 13-15 grains, 0.84 - 0.97 grammes

Composition: Copper

This wasn't an easy one to find information about! It turns out to bear the heart-shaped design of a merchant's mark, or 'bale mark', used by the British East India Company in the late 18th century. Such a token would identify a unit of goods as belonging to the East India Company, such that they could be successfully recovered and ownership proven after transport from India to Great Britain. These coins or tokens were produced in numbers that seemingly allowed them to also circulate as coinage, with the bale mark image of the East Indian Company on the coin as a sort of official seal of approval. Genuine larger 1 pice coins weigh around 9.65 grams, while the tiny one-tenth pice coins only weigh 0.9 to 1 gram. These coins were minted in Calcutta, India. If your coin has no date and only one side has a design (the EIC inside the heart standing for East India Company), then it was minted in 1786. Coins with only one side struck are known as 'uniface' coins. All varieties are rare and highly collectible 1/4 Cent or ONE-TENTH PICE 1787 (small and light, 1 gram): Weight: 0.84g Diameter : 12mm Edge : Plain ONE PICE 1787 (large and heavy, 9 grams): UNIFACE COIN, NO DATE (minted 1786): Issues such as holes, corrosion or gouges will lower the value considerably, though the rarity of these coins will mean that they remain slightly collectible even with moderate damage.

Saturday, 10 September 2016

PITIS KESULTANAN JAMBI - 1460-1889


OBVERSE : IN ARABIC 'KADHIR MALIK ALADIL 1222A.H= 1807
REVERSE : BLANK

Wilayah Jambi dulunya merupakan wilayah Kerajaan Malayu, dan kemudian menjadi bagian dari Sriwijaya. Pada akhir abad ke-14 Jambi merupakan vasal Majapahit, dan pengaruh Jawa masih terus mewarnai kesultanan Jambi selama abad ke-17 dan ke-18. Berdirinya kesultanan Jambi bersamaan dengan bangkitnya Islam di wilayah itu. Pada 1616 Jambi merupakan pelabuhan terkaya kedua di Sumatera setelah Aceh,[butuh rujukan] dan pada 1670 kerajaan ini sebanding dengan tetangga-tetangganya seperti Johor dan Palembang.[butuh rujukan] Namun kejayaan Jambi tidak berumur panjang. Tahun 1680-an Jambi kehilangan kedudukan sebagai pelabuhan lada utama, setelah perang dengan Johor dan konflik internal. Tahun 1903 Pangeran Ratu Martaningrat, keturunan Sultan Thaha, sultan yang terakhir, menyerah Belanda. Jambi digabungkan dengan keresidenan Palembang. Tahun 1906 kesultanan Jambi resmi dibubarkan oleh pemerintah Hindia Belanda. Pemerintahan Kesultanan Jambi dipimpin oleh raja yang bergelar sultan. Raja ini dipilih dari perwakilan empat keluarga bangsawan (suku): suku Kraton, Kedipan, Perban dan Raja Empat Puluh. Selain memilih raja keempat suku tersebut juga memilih pangeran ratu, yang mengendalikan jalan pemerintahan sehari-hari.[butuh rujukan] Dalam menjalankan pemerintahan pangeran ratu dibantu oleh para menteri dan dewan penasihat yang anggotanya berasal dari keluarga bangsawan. Sultan berfungsi sebagai pemersatu dan 
mewakili negara bagi dunia luar.
Matawang Sultan Anum Sri Ing Alaga (1742-1783)

Mata Wang Sultan Sri Maharaja Batu

Matawang Sultan Anum Sri Ing Alaga (1742-1783)

Thursday, 14 July 2016

THAILAND PRIVATE TIN TOKEN - NEGERI SINGGORA

 
Thailand Private Tin Token

Weight 13.35 g, diameter 38.5 mm

Obverse: Chinese Zhen Xing Tong Bao raise, excite, arouse action thrive, prosper, flourish Bao zhen = raise, excite, arouse action xing = thrive, prosper, flourish Pridmore: Money of the Impulse to prosperity company

Reverse: Arabic and Thai inscriptions (Arabic characters slightly blundered). Pridmore: Arabic Malay: negri singgura = City of Singgora Siamese: song khla = Singgora Metal: tin According to the information from a coin dealer, it is a private token (jokoh) issued in the province of Patalung (Phatthalung, southern Thailand) and used in Kelantan (Malaysia) and Thailand as private money in the 19th century.

Saturday, 25 June 2016

SELANGOR / PERAK TIN COIN - PITIS FLOWER /STAR PATTERN



Pitis timah yang bercorak bunga dan bintang telah dijumpai dengan banyak lebih daripada 1000 pcs di Kuala Selangor ,dipercayai pitits ini telah digunakan secara meluas di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim kerana material yang digunakan  adalah sama seperti pitis Sultan Ibrahim
Walaubagaimana pun temuan pertama pitis ini dijumpai disebuah lombong diPerak.
Period : circa 16-17th century Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi. Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja. Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya. Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

 

Saturday, 28 May 2016

BIODATA SRI SULTAN IBRAHIM SHAH - SULTAN SELANGOR 1778-1826

Biodata Sri Sultan Ibrahim Shah

SULTAN SELANGOR YANG BERANI NAN BERHATI WAJA Almarhum merupakan putera sulong Paduka Sri Sultan Saleh ud-din Shah Ibni Almarhum Daing Chelak @ Raja Tua bersama Engku Puan Bt Almarhum Sultan Alauddin Ri'ayat Shah (Yang di-Pertuan Muda Riau) di angkat menjadi Sultan Selangor Kedua selepas kemangkatan Ayahanda baginda pada tahun 1778. Semasa pemerintahan baginda telah melantik Adindanya Raja Nala sebagai Raja Muda Selangor dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Almarhum mangkat pada 27 Oktober 1826 dan di makamkan di Pemakaman DiRaja Selangor Bukit Selangor ( Bukit Melewati ). Almarhum bersurikan beberapa Suri Singgahsana dan Suri Negeri dan meninggalkan beberapa putera dan puteri yang telah memungkinkan Kesultanan Selangor terus Subur mengikut peredaran masa. (Pertama) Y.A.M. Tunku Chik [Chu Che] [Ku Chik] Puteri Kedah, (Kedua) (Cerai. 1776) Y.A.M Raja Andak binti Daing Kemboja (Yang di-Pertuan Muda Riau) (Ketiga) 177x, seorang anak perempuan Tengku Mangku Putera, Kedah. '(keempat) Cik Puan Besar Bt Dato' Sri Maharaja Lela Daeng Loklok Husain (Kelima) Che Salama Puteri bangsawan Bugis. (Keenam) Cik Shaima Bt ??? (Ketujuh) Tun Salama Bt Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid, (Kelapan) ??? di Rembau, 1784, (Kesembilan) Raja Tengah binti Raja Haji Ibni Daing Chelak, Yang di-Pertuan Muda Riau, 1) Y.A.M. Raja Ismail ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.- Mangkat Muda. 2) Y.A.M. Raja Abu Said ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, 3) DYMM Paduka Sri Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Sultan and Yang di-Pertuan Selangor 4) Y.A.M. Raja Abdullah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Besar Kuala Langat 5) Y.A.M. Raja Ahmad (Tok Mad Prang) ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Perang Selangor. 6) Y.A.M. Raja Yusoh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 7) Y.A.M. Raja Hassan ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 8) Y.A.M. Raja Husain ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 9) Y.A.M. Raja Haji ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 10) Y.A.M. Raja Abdu'l Rahman ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 11) Y.A.M. Raja Yusuf ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 12) Y.A.M. Raja Abbas ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 13) Y.A.M. Raja Saleh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. 1 ) Y.A.M. Raja 'Aisha [Siah] binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 2) Y.A.M. Raja Sani [Sitti] binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 3) Y.A.M. Raja Amina [Inah] binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 4) Y.A.M. Raja Fatima binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 5) Y.A.M. Raja Mariam binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 6) Y.A.M. Raja Maimuna binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 7) Y.A.M. Raja Khadija binti al-Marhum Sultan Ibrahim.

 MUKA



 8) Y.A.M. Raja Halija binti al-Marhum Sultan Ibrahim. 9) Y.A.M. Raja Hamida binti al-Marhum Sultan Ibrahim Almarhum dianggap seorang Sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi. Baginda sering mengikut ayahandanya dalam setiap lawatan seperti ke Riau, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang. Kemangkatan Ayahanda saudara Almarhum telah menimbulkan kemarahan dan menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Almarhum telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung. Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan menakluki kedua-dua kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Almarhum sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid. Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor. Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu. Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu. Ketika inilah Belanda melantik Raja Muhammad Ali memangku jawatan Sultan Selangor dengan dibantu anak saudaranya, Syed Ali. Kedua-duanya dari Siak. Berundurnya Alamrhum ke Pahang tidak bererti tewas terus-menerus, malah baginda menyusun pasukan tentera dan memperkemaskan segala kelengkapan di samping azam dan semangat yang berkobar-kobar. Dengan satu tekad menuju ke matlamatnya, pada 27hb.Jun, 1785, angkatan perang Alamrhum berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor. Setelah Kuala Selangor ditadbir oleh Almarhum cuba mententeramkan Selangor dengan membuat dua perjanjian dengan Belanda iaitu pada 29hb. Julai, 1786 dan 29hb. Julai, 1790. Kemudiannya berbaik- baik dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang serta membuat perjanjian perniagaan pada 23hb. Ogos, 1818. Di zaman pemerintahan Alamrhum jualah (*7) Raja Hassan anakanda Baginda dihantar ke Kuala Bidor sebagai pemungut cukai bijih timah yakni sebagai suatu tanda bahawa wilayah ini tertakluk ke Selangor dan Sultan Ibrahim juga pernah menyerang negeri Perak semasa pemerintahan Sultan Ahmaddin, Paduka Seri Sultan Perak ke 18. Kemudian pada 11hb. Julai, 1823, sultan menandatangani perjanjian dengan Perak mengenai bijih timah. Ketika itulah juga Siam berazam untuk menakluki Selangor. Hasil daripada perkara tersebut lahirlah pula Perjanjian Burnai pada 20hb. Jun, 1826. Akhirnya pada 27hb. Oktober, Kuala Selangor Dalam Pentadbiran Belanda - Belanda menduduki di kedua-dua buah kota di Kuala Selangor dari 2hb. Ogos, 1784 hingga 28hb. Jun, 1785. Mengikut ceritanya Belanda dikalahkan hanya dalam tempuh semalam sahaja. Tuhfat al Nafis - Menyebut Yamtuan Muhammad Ali membantu Belanda menyerang Kuala Selangor, kemudiannya merampas harta orang-orang di Kuala Selangor dan dibawanya pulang ke Siak. Tinggallah Syed Ali menggelar dirinya Yang DiPertuan Selangor, tinggal di atas Bukit Kota (Istana Melewati) iaitu istana Sultan Ibrahim.
MUKA



Dari semenjak itu tetaplah Syed Ali menjadi Yang DiPertuan Selangor dalam pemerintahan Belanda Sejarah Selangor pula menyebut, setelah Belanda menawan Kuala Selangor mereka telah mengangkat Raja Muhammad Ali jadi pemangku Yang DiPertuan Selangor dibantu oleh Syed Ali. Raja Muhammad Ali tidak lama di Selangor dengan Syed Ali menggantikannya tetapi tidak akui oleh pembesar-pembesar Selangor. Sementara Sejarah Alam Melayu pula mengatakan pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda menakluki Kuala Selangor. Sultan Ibrahim berlepas ke Bernam sementara itu Belanda di Kuala Selangor melantik Raja Muhammad Ali , anak Raja Alam dan cucu Raja Kecil Siak jadi Sultan Selangor. Tidak lama lepas itu Raja Muhammad Ali pun keluar dari Kuala Selangor. Buku ini tidak pula menyebut apakala Raja Muhammad Ali keluar dari Kuala Selangor tempatnya diambil alih oleh Syed Ali, sebagaimana yang terdapat dalam keterangan sebelumnya. Belanda gagal memujuk penduduk Kuala Selangor walaupun dijanjikanhendak memberikan pengampunan beramai-ramai supaya mereka pulang ke rumah masing-masing. Orang-orang besarnya enggan mengiktiraf sultan yang dilantik oleh Belanda sebagai Yang DiPertuan Selangor. Orang ramai pula tidak mahu menjalankan perniagaan bijih timah dengan Belanda, selagi raja yang berhak tidak ditabalkan. Perdagang yang lain dibekukan terus sementara Syed Ali menghabiskan masanya dengan merompak dan membinasakan daerah ini. Belanda melantik Raja Muhammad Ali sebagai pemangku Yang DiPertuan Selangor kerana untuk membalas jasa beliau yang membantu Belanda menentang Riau, Johor dan Selangor. Di antara tiga orang Sultan Selangor yang bersemayam di Kuala Selangor, Sultan Ibrahim lah yang paling lama memerintah. Baginda juga dipandang oleh rakyat sebagai seorang sultan yang paling gigih. PAWANG DIRAJA SELANGOR DI ERA PEMERINTAHAN SULTAN MUSA GHAITHUDDIN RIAYAT SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH (1893- 1955) Hj Syawal Bin Hj Yusuf Bin Bedun Bin Daeng Dewasa @ Raja Yusoh Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) Ibni Almarhum Raja Tua @ Paduka Sri Raja Chelak Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of Luwu’ La Patiware’ Daeng Parebung) Ibni Letta Lenderang @ Lenderang Letok Ibni Paduka Sawari Gading, Opu Na Ware (Yang Dipertuan Diware) *** Tanjung Syawal, Klang. Mungkin ada yang tak mengetahui bahawa nama tersebut diambil sempena nama siapa. Ingin kite kongsikan akan ianya. nama Syawal di ambil sempena nama Pawang DiRaja Selangor *** Kebetulan Opah Saudara berkahwin dengan Anak Hj Syawal. Meriam ini diberi nama Ibrahim sempena nama Sultan Selangor ke 2. Meriam ini hakikatnya milik Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Sultan Salehuddin, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Selangor yang memerintah Tahun 1778 - 1826. Baginda merupakan putera sulung Paduka Sri Sultan Salehuddin Shah Ibni Almarhum Raja Chelak, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar dari Selangor dan bonda baginda bernama Engku Puan Bt Paduka Sri Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Ibni Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda Riau. Meriam Keramat yang Pernah di letakkan di perkarangan Istana Kota, Klang.

MUKA