Runtuhnya Kerajaan Melayu Singgora
Pada kali ini saya ingin memaparkan satu artikel mengenai sebuah kerajaan Melayu yang telah lama lenyap dari peta tanah semenanjung emas. Pada masa dahulu kerajaan ini pernah menjadi salah satu daripada kerajaan yang terkuat dan terkaya di utara semenanjung emas. Namun kegemilangannya tidak bertahan lama akibat dari dengki dan dendam kerajaan yang berjiran dengannya nun jauh di utara. Dalam beberapa tahun sahaja kerajaan ini berjaya dimusnahkan. Sehingga hari ini orang Melayu bukan lagi penduduk majoriti di Singgora atau Songkla. Sebaliknya lebih ramai orang Thai yang mendiami negeri ini. Malahan ramai anak-anak Melayu Singgora yang tidak lagi fasih berbahasa Melayu Jawi.
Sebenarnya sejarah awal Singgora sudah terdapat pada catatan awal China pada abad ke 6 dan 7 M lagi. Selain itu Singgora juga disebut Singor, Sanjura, Sanjur, Senggora, Sung-kra dan Sung-Ch’ia. Tersebut dalam Salasilah Sultan Sulaiman (Sai Sakun Sultan Sulaiman) dikisahkan tentang seorang saudagar Parsi bernama Datuk Muzaffar yang datang dari Jawa Tengah (ada catatan lain menyebut Datuk Monggol) telah bermastautin di Sitingpra, Singgora.
Rombongan ulama Parsi ini kemudiannya berpindah ke Teluk Singgora pada tahun 1603 M dan mendirikan kerajaan Singgora Darussalam (Hua Khoa Deng). Ulama tersebut dilantik pengikutnya sebagai pemerintah bergelar Sultan Muzaffar Syah yang mentadbir Singgora. Beliau juga dikatakan adalah seorang panglima tentera yang fasih selok-belok ketenteraan dan bijak dalam strategi pentadbiran. Tidak mustahil wilayah jajahan baginda semakin meluas meliputi Patalung (Pathalung) Terang (Trang) dan Setul (Satun). Ketika zaman ini Singgora menjadi tumpuan pra pedagang dari Eropah, Arab, Parsi, China, Jepun dan seluruh nusantara.
Apabila Sultan Muzaffar Syah mangkat pada tahun 1618, baginda diganti oleh putranya Sultan Sulaiman Syah. Sultan Sulaiman meneruskan usaha-usaha ayahandanya dengan membina tembok-tembok pertahanan dan bedil-bedil. Baginda sadar, kemakmuran dan kemasyhuran Singgora akan mendatangkan cemburu musuh-musuhnya. Baginda juga berusaha menggali terusan yang menghubungkan Teluk Singgora di pantai timur dengan Laut Andaman di pantai barat. Namun usaha juga gagal kerana adanya banjaran gunung yang besar.
Sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman, Siam (Thai) tidak henti-henti melakukan serangan dan pencerobohan untuk menawan negeri makmur ini. Namun semuanya gagal dengan izin Allah. Apabila baginda sultan muzaffar mangkat, baginda diganti pula oleh putranya Sultan Mustaffa Syah. Ketika pemerintahan baginda, Siam menyerang Singgora habis-habisan lagi. Angkatan Siam telah diketuai oleh Phraya Ranchodo dan raja Siam ketika itu Raja Narai Maharaj yang baru berjaya membebaskan Ayuthia dari jajahan Burma. Siam turut dibantu tentera upahan Portugis dan Belanda. Kerajaan Singgora akhirnya dapat ditewaskan pada tahun 1687 M. Ramai Orang Melayu-Islam Singgora ditawan dan dibawa ke Ayuthia. Siam juga merampas sepucuk bedil kepunyaan Sultan Sulaiman.
Sultan Sulaiman dan dua adindanya Hassan dan Hussein dipindahkan ke Chaiya (Cahaya). Sultan Sulaiman kemudian dilantik menjadi pemerintah wakil Siam di Chaiya dengan gelaran Phraya Picit Phalodi Sipicai Songkram, Hussein pula dilantik sebagai Raja Muda Chaiya. Putra mahkota Singgora, manakala Taufik dibawa ke Ayuhtia dan Hassan dilantik sebagai laksamana tentera Siam oleh raja Narai Maharaj. Hal ini menunjukkan bahawa raja narai bersifat belas berbanding leluhurnya dan keturunannya kemudian yang bertindak kejam membunuh kaum kerabat kerajaan yang ditawannya.
Melalui Salasilah Sultan Sulaiman, baginda menyatakan terdapat kerabat dan waris baginda yang dipaksa dan terpaksa menganut agama Buddha ketika berada di bawah tekanan Siam. Hal ini terjadi pada tahun 1687, titik tolak keruntuhan kerajaan Singgora oleh kerajaan Siam laknatullah. Terdapat catatan daripada seorang penulis Cina bernama (1782) Hsieh Ch’ing Kao tentang penduduk Songkhla, yang asalnya kerajaan Singgora, sebuah negara Melayu-Islam. Dikatakan bahawa penduduk Melayu tidak memakan daging babi dan ketika berjalan sentiasa membawa senjata keris tersisip di pinggang. Kaum wanitanya bertutup kepala dan lelaki berseluar. Semasa bekerja mereka menutup tubuh sampai ke tubuh dengan pakaian yang dipanggil sha-long ( sarung ). Pada abad ke 19, orang Melayu telah hampir pupus di Singgora ( Songkhla ) dan hanya meninggalkan bekas-bekas zaman kegemilangannya yakni Hua Khao Deng dan pelabuhan Lem Son sebagai kenang-kenangan.
Pernah berlaku satu peristiwa pada zaman Singgora telah berjaya ditawan Thai dan berada dalam pentadbiran ligor. Pemerintahnya terpaksa tunduk dengan hasutan LIGOR yang menjadi sekutu kuatnya dan kemudian terpaksa pula mengikut arahan supaya melancarkan serangan keatas KEDAH dan PATTANI. Selain itu dalam tahun 1808M Singgora diarahkan untuk menyerang Pattani yang bangkit memberontak yang diketuai oleh Datuk Pengkalan, SIAM mengarahkan Kedah membantu Singgora melanggar Pattani, angkatan Kedah berkumpul di daerah Padang Terap namun para pembesar Kedah dan panglima bertelagah kerana ada yang tidak rela mengkhianati bangsa seagama sendiri iaitu orang-orang Pattani, jadinya hanya satu 'team' saja yang masuk ke Yala untuk membantu Singgora namun angkatan kedah terbabit dah terlambat kerana angkatan Singgora dah berjaya mengusir dan mematahkan pemberontakan Dato Pengkalan tanpa bantuan Kedah. Jadi pemerintah Singgora marah dan menahan angkatan Kedah dari pulang.
Setelah dimaklumkan kepada Sultan Kedah maka dihantar pembesar untuk berunding dengan Singgora mengatakan ada salah faham berlaku dan memohon maaf, lalu diberi peluang oleh Singgora dan dilepaskan angkatan Kedah untuk pulang. Selain itu Singgora juga amat cemburukan Kedah sama seperti Ligor kerana Raja Siam memuji kehandalan Kedah semasa mematahkan serangan Burma di Phuket awal 1813M dimana angkatan Ligor dan Singgora hanya memerhati disisi dan dibelakang angkatan Kedah, dan apabila angkatan Burma tewas dibedil dan dirodok panglima-panglima Kedah mereka pon menerpa masuk dan membunuh semua saki baki tentera Burma, pandai depa nak dapat nama, depa ni berani sebab ramai saja.
Terdapat sebuah peninggalan kerajaan Islam Singgora yang masih wujud hingga kini yang amat unik ceritanya. Ia adalah mengenai sebuah bedil atau meriam milik Sultan Suleiman. Almarhum Amin Sweeney pernah menterjemahkan syair yang ditulis dalam bahasa Arab (ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Syah tahun 1618) pada bedil baginda. Bedil itu sekarang tersimpan di hadapan Royal Chelsea Hospital, London. Riwayat bedil tersebut berada di London adalah seperti berikut. Semasa tentera Siam mengalahkan Singgora pada tahun 1689 M, bedil tersebut telah dirampas dari Sultan Sulaiman dan dibawa ke Ayuthia. Bedil tersebut digunakan oleh Siam untuk memerangi Burma (Myanmar) sehingga Ayuthia ditewaskan oleh Burma pada tahun 1767.
Bedil itu kemudian dibawa ke Burma sebelum dirampas pula oleh Inggeris dalam perang Inggeris-Burma. Pada tahun 1886, bedil itu dibawa pulang ke England. Begitulah bangsa-bangsa yang kononnya bijak dan kuat berebutan bedil buatan Melayu tersebut yang pada hemat saya bukanlah sebesar bedil Sri Pattani atau bedil turki Uthmaniah pun. Di atas permukaan Bedil itu terpahat tulisan arab jawi yang unik. Ukuran berat yang tercatat pada larasnya ialah 1 bandar, 2 pikul dan 4 kati. Bertarikh Isnin 4 Zulkaedah 1063 H bersamaan 26 September 1653 M.
Terdapat juga catatan dalam bahasa Burma yang bertulis ‘Diperolehi semasa menawan Dwarawati (Siam) pada tahun 1125 H atau 1766 M’. Keistimewaan inskripsi pada bedil ini ialah ianya ditulis dalam bentuk syair Melayu-Arab dan diyakini merupakan syair tertua pernah tercatat pada sebuah bedil. Menurut sejarahnya bedil itu dipunyai Singgora selama 34 tahun, di Siam selama 79 tahun, di Burma 120 tahun dan di England lebih 120 tahun. Demikianlah keagungan Melayu-Islam Singgora yang cuba dihapuskan sejarahnya oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah, namun keindahan dan kehebatan bedil atau meriam tersebut akhirnya menawan hati mereka untuk menyimpan bedil tersebut dan tidak mencairkannya atau memusnahkannya. sekian wallah hu a'lam.
No comments:
Post a Comment