Saturday, 19 September 2015

SEJARAH KESULTANAN PAHANG



Bermulanya Sultan Di Negeri Pahang 1470-1641 (Sultan Muhammad Shah - Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah) Tahukah anda sebenarnya kesultanan Pahang bermula sekitar tahun 1470 lagi apabila Raja Muhammad dirajakan di Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah oleh Ayahandanya Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah. Sebenarnya Raja Muhammad dihantar ke Pahang sebagai hukuman buang negeri oleh Paduka Ayahandanya yang begitu murka terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak kepada Bendahara Melaka, Bendahara Paduka Raja. Kisahnya bermula apabila Raja Muhammad pergi ke Kampung Bendahara paduka Raja dan pada waktu itu Tun Besar sedang bermain sepak raga (takraw) bersama kawan-kawannya. Dengan tidak sengaja bola yang disepak oleh Tun Besar terkena dastar (tanjak) Raja Muhammad lalu jatuh. Raja Muhammad begitu murka dengan kejadian ini lalu ditikamnya Tun Besar dibahagian rusuk terus kehatinya. Tun Besar meninggal dunia ditempat kejadian. Sultan Muhammad Shah hanya memerintah Pahang selama lima tahun sahaja dan dimakamkan di Dusun Pinang, Pahang Tua. Adik Baginda Raja Ahmad Ibni Sultan Mansur Shah menggantikan baginda dengan gelaran Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-2. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan satu peristiwa dimana laksamana Khoja Hasan telah berjaya melarikan gajah kenaikan baginda sebagai simbolik menunjukkan bahawa orang Melaka lebih bijak daripada orang Pahang. Baginda merasa malu dan terhina dengan peristiwa ini lalu turun daripada tahta. Raja Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah, putera Sultan Pahang 1, dilantik menjadi Sultan Pahang ke-3 menggantikan Sultan Ahmad Shah. Dalam masa yang sama, Sultan Ahmad Shah telah merajakan putera baginda Raja Mansur Shah sebagai Sultan Pahang ke-3 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1.




MUKA 191










Walau bagaimanapun disebabkan oleh faktor usia yang masih muda akhirnya Raja Mansur Shah terpaksa mengalah. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamil, Raja Mansur Shah ibni Sultan Ahmad Shah dilantik semula sebagai Sultan Pahang ke-4 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Sultan Mansur Shah 1 mangkat pada tahun 1519. Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah 1, Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang 1) dilantik sebagai Sultan Pahang ke-5 dengan gelaran Sultan Mahmud. Baginda mangkat pada 1530. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud, baginda digantikan oleh puteranya Raja Muzaffar ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah, Sultan Pahang ke-6. Sultan Muzaffar Shah digantikan oleh adindanya Raja Zainal ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Zainal Abidin, Sultan Pahang ke-7. Baginda mangkat sekira 1555. Raja Mansur ibni Sultan Muzaffar Shah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-8 dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Baginda mangkat sekitar 1560. Baginda dilgantikan oleh adinda baginda Raja Jamal ibni Almarhum Sultan Muzafar Shah sebagai Sultan Pahang ke-9 dengan gelaran Sultan Abdul Jamal Shah. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamal, baginda digantikan oleh saudara sepupu putera Sultan Zainal, Raja Abdul Kadir dengan gelaran Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-10. baginda mangkat pada tahun 1590. Baginda digantikan oleh putera baginda, Raja Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-11 dengan gelaran Sultan Ahmad. Walau bagaimnapun baginda memerintah hanya satu tahun sahaja kerana dikatakan terlalu muda untuk menjadi Sultan. Baginda digantikan oleh kekandanya, Raja Abdul Ghafur ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah, Putera kedua baginda yang tidak dicatatkan namanya telah membunuh baginda dan Raja Muda Abdullah. Dengan pembunuhan ini berakhirlah pemerintahan bersultan di Pahang dari keturunan Sultan Melaka pada tahun 1614.




MUKA 192