Sunday, 14 April 2013

KUPANG KEDAH SULTAN DHIAUDDIN 11

Sejarah Awal Kedah Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik. Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka. Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ). Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya. Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.[1] Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Maharaja Srivijaya Bil Maharaja Pemerintahan 1 Sri Udayadityavarman 960–988 2 Sri Chulamanivarman 988–1008 3 Sri Mara Vijayatunggavarman 1008–1017 4 Sri Sangrama Vijayatunggavarman 1017–1025 5 Sri Deva 1028–(?) Sultan-Sultan Kedah[2] Bil Sultan Pemerintahan 1 Sultan Mudzafar Shah I 1136 - 1179 2 Sultan Mu'adzam Shah 1179 - 1201 3 Sultan Muhammad Shah 1201 - 1236 4 Sultan Mudzaffar Shah II 1236 - 1280 5 Sultan Mahmud Shah I 1280 - 1321 6 Sultan Ibrahim Shah 1321 - 1373 7 Sultan Sulaiman Shah I 1373 - 1422 8 Sultan Ataullah Muhammad Shah I 1422 - 1472 9 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I 1472 - 1506 10 Sultan Mahmud Shah II 1506 - 1546 11 Sultan Mudzaffar Shah III 1546 - 1602 12 Sultan Sulaiman Shah II 1602 - 1625 13 Sultan Rijaluddin Muhammad Shah 1625 - 1651 14 Sultan Muhyiddin Mansur Shah 1651 - 1661 15 Sultan Dziaddin Mukarram Shah 1661 - 1687 16 Sultan Ataullah Muhammad Shah II 1687 - 1698 17 Sultan Abdullah Mu'adzam Shah 1698 - 1706 18 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I 1706 - 1709 19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II 1710 - 1778 20 Sultan Abdullah Mukarram Shah 1778 - 1797 21 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II 1797 - 1843 22 Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I 1843 - 1854 23 Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah 1854 - 1879 24 Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II 1879- 1881 25 Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1881 - 1943 26 Sultan Badlishah 1943 - 1958 27 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah 1958 - sekarang