Tuesday 28 July 2015

SEJARAH KAUM CINA TRENGGANU

 


 Penghijrahan Bangsa Cina Bukit Datu (DATU/Beijing), Kg. Tirok mulai tahun 1500 hingga 1700M Perahu Besar - 1690M Dalam lingkungan 1500M, keturunan anak kapal Armada Cheng Ho ini berasal dari Kawasan Selatan Negeri Hokkien Cina, berhijrah kemuara Sungai Terengganu, Sungai Telemong dan Sungai Nerus untuk menerokai bidang pertanian. Penempatan awal Orang Hokkien ini dengan membuka kawasan tanaman dan berkampung di Bukit Datu1 (Da-Tu), Losong2 (Lok-Song), Cepoh3 (Kawasan Tanaman Tebu), Pulau Babi/Pulau Bahagia, Kg. Cina Hak4, Kuala Telemong, Kg. Palem, Bt. Tadok, Tirok5 (Tempat Bela Khinzir) dan Sanpokang6 (Sungai Nerus) terutama di Tepoh. (Lampiran P) Mereka mendirikan sebuah Tokong sebagai memperingati Laksamana Cheng Ho di Jeram, Sungai Nerus. Semasa mereka memberi penghormatan kepada Cheng Ho majlis itu tidak mengguna daging khinzir. Di Bukit Datu, banyak Kubur Cina dengan Batu Nisan pada Zaman Dinasti Ming telah ditemui pada tahun 1968M dan kubur ini telah diratakan dan kawasan ini telah dimajukan menjadi Taman Perumahan. Bagaimanapun terdapat juga sebuah Batu Nisan Kaum Cina yang bertarikh 1743M untuk Keluarga Choo yang bernama Choo Chee Wu. Choo Chee Wu ini telah dilahirkan lebih kurang 1656M dan dianggap sebagai Ketua Pekan Bukit Datu. Beliau mempunyai 8 orang anak lelaki. Sekitar 300 - 500 tahun dahulu di zaman penempatan awal ini, orang cina belajar memakai kain sarung dan memakan makanan mengikut cara Kaum Melayu dan mereka juga belajar menulis dalam tulisan jawi. Komuniti ini dikategorikan sebagai Peranakan Terengganu. Sebahagian mereka sudah di asimilasikan terutama di Kuala Telemong. Orang Cina di zaman penempatan awal di Kawasan Kuala Terengganu menjalankan perniagaan dengan pedagang luar terutama pedagang dari Selatan Negara Cina iaitu Negeri Hokkien, Canton dan Pulau Hainan. Mengikut catitan Buku Dinasti Qing "Qing Chao Tong Tain"8 yang ditulis oleh Pegawai Kerajaan dan buku-buku lain juga menjelaskan bahawa Komuditi yang diniagakan adalah hasil tempatan terutama lada yang merupakan hasil yang paling terkenal iaitu emas pasir, kayu cendana, gaharu, kapur barus, hasil laut dan juga sarang burung. Manakala barangan Negara Cina adalah seperti cha, porselin, kain, kertas berwarna dan lain-lain. (Lampiran R) Mengikut catitan Sejarah Cina Malaysia yang ditulis oleh Choo Zi Cun, padaTahun 1683M, Panglima Cheng Seng Gong10 yang telah mempertahankan kuasa Dinasti Ming telah ditewaskan oleh askar Kerajaan Dinasti Qing.


 MUKA 68



Pada masa itu kuasa Dinasti Qing dipegang oleh Maharaja Sheng Tzou-Kang See11 telah mentadbir selama 61 tahun semenjak 1644M sehingga 1664M. Pengikut-pengikut Cheng ketika itu lebih kurang 3,000 orang. Mereka telah meninggalkan Pulau Taiwan dan lari ke Laut Cina Selatan dengan 9 buah Kapal Perang. Dalam m/s 5, catitan Sejarah Cina Malaysia ini menyebut bahawa 3 buah kapal perang ini sampai ke Melaka. Berdasarkan itu berkemungkinan ada juga yang sampai ke Kuala Terengganu. Sumber ini boleh dilihat dengan adanya Pembinaan Perahu Besar di Terengganu yang serupa dengan Kapal Perang / Kargo Dinasti Ming. Ketika itu kegiatan pembinaan telah bermula di Pulau Duyung dan Bukit Datu. Pada tahun 1684 M, Kerajaan Qing telah membatalkan sekatan untuk menghadkan rakyat ke luar Negara. Oleh itu bilangan orang Cina yang bertempat di semenanjung bertambah. Nama Da-Tu ialah nama Beijing semasa Dinasti Yuan (Mongolia) Zaman Kesultanan Terengganu Semenjak 1708M  Kesultanan Terengganu bermula sekitar 1708M dengan Perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 di Tanjung Baru Kuala Berang. Baginda kemudiannya memindahkan Pusat Pemerintahan ke Langgar dan akhirnya Kuala Terengganu. Kapten Alexander Hamilton, berbangsa Inggeris yang melawat Kuala Terengganu pada 1719 - 1720 telah mencatatkannya : - * * Trangano stands pleasantly near the Sea, on the side of a River that has a shallow Bar, and many Rocks scattered to and again within the River, but Room enough in many Places to moore small Ships very securely, to keep them safe from the Dangers of the Winds or Floods. There may be about one thousand Houses in it, not built in regular Streets, but scattered in ten or twenty in a Place distant a little Way from another's Villa of the same Magnitude. The Town is above half-peopled with Chinese, who have a good Trade for three of four Jonks vearly, besides some that trade to Siam, Cambodia, Tunqueen and Sambas. When I came back from Siam with my Cargo unsold, as I mentioned before, I came to Trangano to dispose of what I could of my Goods, and to procure a new Cargo for Surat, the kind King (Sultan Abdul Jalil of Johore) assisted me in doing both, with all the Peadiness and Cheerfulness imaginable. Trangano is a very pleasant and healthful Country, and affords a fine Land-skip from the sea. The Hills are low, and covered with ever-green Threes, that accomodate the Inhabitants with Variety of delicious Fruits, such as Lemons, Oranges, Limes, Mangoes, Mangostans, Rambostans, Letchees and Dureans: And in the Vallies, Corn Pulse, and Sugar-canes. The Ground is cultivated by the Chenese, for the Malayas (sic) cannot take that Trouble. The Product of the Country is Pepper and Gold, which are mostly exported by the Chenese. Abour 300 Tuns are the common Export of Pepper, and we have it almost for one half of the price that we pay for Malabar Pepper. From the Month of October till March, their River is shut up by the Bar, which fills up by the Impetuosity of the great Seas sent on that Shore by the North-east Monsoons; but in the finest Fish that ever I saw or tasted. There is one Sort exactly like a Salmon, both in Shape and Taste, but the Fish is white, as the Salmon is red. Their Poultry are large, plump and sweet, but Beef is scarce, except Buffolo Beef, and that is plentiful enough. * * Catitan ini memberitahu bahawa pada masa itu Bandar Terengganu mempunyai kira-kira 1,000 buah rumah dan penduduk separuh daripadanya Orang Cina iaitu lebih kurang 5,000 orang (1,000 ÷ 2 × 10). Mereka berniaga tiga atau empat kapal (Jong) komodoti setahun dengan Siam, Cambodia, Tunqueen dan Sambas.

 MUKA 69



Orang Cina menanam buah Limau, Lemon, Mempelam, Rambutan, Laici, Durian, Jagung, dan Tebu. Barangan di negeri ini adalah lada dan emas. Orang Cina mengeksport 300 tan lada ............... Kapten Jaseph Jackson pada tahun 1764 ada menceritakan mengenai " The Chinese have a Large Settlement ". Pada 1769, Orang Perancis John Francois de Surville ada juga menceritakan ".... There are three bazaars one for the Malay another for the Siamese and the layest for the Chinese ....". ".... Since there are numerous Chinese a street is allocated, it is the only passable one ........" M. Medhurst (1828) menceritakan "... numerous body of Chinese, which reside in the interior ....................... " Being at liberty, I went among the Chinese, who amount to some hundreds dwelling principally in strong built houses .... . erected many years ago ..........". The Chinese females in Triangano double the numbers of the males .........." George Windson Earl (1833), Munshi Abdullah (1838)(Nota), Skinner's Geography (1884), Hugh Clifford (1895), W.W Skeat dan F.F Laidlaw (1899) antara penulis-penulis yang melawat Terengganu dan menceritakan keadaan Orang Cina yang ada pada masa itu di bawah Jajahan Kesultanan Terengganu. (Sumber rujukan - Kuala Terengganu International Trading Centre by Kho Kay Kim, Jabatan Sejarah, U.M). Pada masa itu komuniti Cina Terengganu telah diiktiraf oleh Sultan Terengganu. Ini berdasarkan perlantikan (7) orang kapitan Cina untuk mengawal kepentingan dan kebajikan orang Cina. Empat (4) orang lagi dilantik Low Tiey sebagai Jurubahasa dan tiga (3) orang Taukeh atau Kangcu yang ditugaskan sebagai Ketua muara sungai. Keturunan Cina pertama yang menerima gelaran ' Dato Bergelar ' ialah Wee Sau Chuan pada 1896 dengan gelaran Dato Kaya Bakti. Antara mereka ialah : - (A)KAPITAN CINA (KUALA TERENGGANU) 1)Teo Tioh Eng (1734 - 1820) 2)Kow Geok Seng (1782 - - ) 3)Lim Eng Huat (1798 - 1847) 4)Kow Teck Lee (1810) 5)Lau Kian Tee 6)Wee Teck Siew ( - - 1899) 7)Kow Swee Leng (B)LOW TIEY/JURUBAHASA : 1)Lim Keng Sing (1820 - 1849) 2)Lim Keng Hoon (1825 - 1882) 3)Lim Kian Mou 4)Lim Kian Siew ( - -1911) (C)TAUKEH/KANGCU : 1)Taukeh Teo Hup Ho 2)Taukeh Gan Ching Yan 3)Taukeh Wee Seng Hee (1848 - 1930) (D)Dato Kaya Bakti Wee Sau Chuan (1896 - 1938) .  Pemimpin Komuniti Orang Cina meminta semua Orang Cina supaya taat kepada Sultan dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi, menjaga kehormonian antara kaum dan memberi berbagai-bagai peluang pekerjaan untuk rakyat. Mereka mengeksport hasil dan barangan tempatan, mengimport barangan keperluan dan juga mengembangkan kegiatan industri negeri. Pada masa itu, Orang Cina memproses gula yang diperbuat daripada tebu yang di tanam di Kg. Cepoh  mengeluarkan Bata di Tepoh dan mencetak Wang Syiling untuk menggalakkan perniagaan tempatan. Orang Hailam Cina yang berhijrah ke sini semenjak 180 tahun dahulu dan bertempat di Dungun, Paka, Kerteh, Kemasik, Kemaman, Jabor, Marang, Batu Rakit, Merang, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh begitu juga dengan Cina Hokkien, Kanton, Hakka, Tie Chius yang lebih awal menerokai tanah berhampiran kawasan sungai untuk menanam pokok getah di seluruh Negeri dari Utara hingga Selatan sepanjang 240 kilometer. Dari segi perlombongan, semenjak awal abad ke - 19, Kaum Cina mengambil bahagian sebagai pemborong kepada pengusaha Inggeris. Ramai pekerja Cina yang mahir dalam perlombongan dan membuka lombong Bijih Timah di Kampung Kongsi di Ulu Paka, Bukit Bandi, Psir Semut, Kampung Dadong, Kampung Sungai Kuah di Kawasan Hulu Sungai Kemaman. Pada tahun 1913, Orang Jepun membuka Bukit Besi di Dungun dan ramai pekerja terdiri daripada Orang Cina terutama dari Negeri Santong dan Negeri Hopei yang diketuai oleh Chang Tian See mereka bersama-sama pekerja tempatan bertugas di lombong bijih timah, biji besi dan lain-lain. Pada tahun 1828, adalah dianggarkan bahawa Terengganu mempunyai seramai 15,000 - 20,000 penduduk Melayu dan 600 orang penduduk Cina.
MUKA 70

JOKOH TERENGGANU - JOO SENG KONGSI





NOTE: DIJUMPAI DIKUALA TERENGGANU OLIH GROUP MD TERENGGANU

Saturday 18 July 2015

SULTAN ISKANDAR THANI ALAUDDIN MUGHAYAT SYAH - 1610-1641

Iskandar Thani Sultan Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah II atau nama sebenarnya Raja Husein adalah Sultan Aceh ke-13. Baginda merupakan anak kandung Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah II. Pada tahun 1617, Kesultanan Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang di mana Sultan Ahmad bersama anggota keluarganya memerintah seperti Raja Husein (Iskandar Thani), Puteri Kamaliah (Putrie Phang) yang kemudian menjadi permaisuri Sultan Iskandar Muda, dan Bendaharanya Tun Muhammad, lebih akrab dengan nama samarannya "Tun Sri Lanang". Dengan ini, berakhirlah era pemerintahan Kesultanan Pahang yang berasal daripada zuriat Sultan Melaka secara langsung Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah (1610 - 15 February 1641) was the thirteenth sultan of Aceh, following the powerful Iskandar Muda. Iskandar Thani was the son of the 11th sultan of Pahang, Ahmad Shah II, who was brought to Aceh in the conquest of Pahang in 1617 by Iskandar Muda. He married the sultan's daughter, the later queen Taj ul-Alam, and succeeded Iskandar Muda as sultan when he died in 1636. Reigning in the wake of the rout of the Acehnese fleet in 1629, Iskandar Thani was not able to continue his predecessor's military successes. He was a strong ruler, able to suppress the orang kaya (Acehnese nobility) and working to centralize royal power as Iskandar Muda had done.[1] His rule was too short to make major accomplishments, however, and after his death the elite re-asserted their influence, and placed his widow, Taj ul-Alam, on the throne, the first of several weak sultans.[2] Like Iskandar Muda's, the court of Iskandar Thani was known as a center of Islamic learning. He was the patron of Nuruddin ar-Raniri, an Islamic scholar from Gujarat who arrived in Aceh in 1637. Ar-Raniri denounced the work of earlier scholars from Iskandar Muda's court, and ordered their books to be burned while establishing literary and religious standards.[3] Notes Barwise and White, 117 Ricklefs, 35 Ricklefs, 51 References J.M. Barwise and N.J. White. A Traveller’s History of Southeast Asia. New York: Interlink Books, 2002. M.C. Ricklefs. A History of Modern Indonesia Since c. 1300, 2nd ed. Stanford: Stanford University.


"ibn Sultan Ahmad Shah"


"Sri Sultan Alauddin Mughayat Syah"